Friday, March 15, 2013

AYAT KURSI

Ayat Kursi diturunkan pada suatu malam selepas Hijrah. Menurut riwayat, ketika ayat kursi diturunkan disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya, kerana kebesaran dan kemuliaannya.


Syaitan dan Iblis menjadi gempar kerana adanya suatu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka.

Rasulallah SAW segera memerintah kepada penulis Al-Quran yaitu Zaid bin Thabit agar segera menulisnya dan menyebarkannya.


Seperti yang kita ketahui ayat kursi adalah ayat yang paling agung di dalam Al-Qur'an, membacanya memiliki keutamaan yang besar, ayat ini menjelaskan tentang keagungan kursi Allah SWT yang meliputi langit dan bumi.

AYAT KURSI
Allahu Laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qayyumu. Laa Ta’khudzuhuu Sinatuw Wa Laa Nauum. Lahuu Maa Fissamaawaati Wa Maa Fil Ardh. Man Dzal Ladzii Yasfa’u ‘Indahuu Illaa Bi Idznihi. Ya’lamu Maa Baina Aidiihim Wa Maa Khalfahum. Wa Laa Yuhi Thuuna Bi Syai-In Min ‘Ilmihii Illaa Bi Maasyaa-A. Wasi’a Kursiyyuhussamaawaati Wal Ardha. Wa Laa Ya-Udhuu Hifzhuhumaa Wahuwal ‘Aliyyul Azhiim.
Allah tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kekal lagi terus menerus mengurus makhlukNya, tidak mengantuk dan tidak tidur KepunyaanNya apa yang di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izinNya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang meraka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendakiNya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi, Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 
(QS : Al-Baqarah : 255)


KEUTAMAAN AYAT KURSI
Ayat Kursi adalah ayat dalam Al-Quran yang paling utama. Rasulullah SAW menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

Siapa yang berwudhu lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, niscaya Allah akan meninggikan derajatnya setinggi 40 derajat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa sehingga hari kiamat.

Siapa yang membaca ayat kursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70.000 Malaikat yang semua 
memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.

Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan Allah SWT akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.

Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

“Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Juma'at, kemudian berwdhu dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan penguasa.”

Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,

Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Siapa yang membaca ayat Al-Kursi sebanyak 170 kali di tengah malam atau  dikuti solat Hajat, Insya Allah berhasil hajatnya, memperolehi hidayah dan petunjuk dari Allah Subhanahu wa Ta’ala, meningkatkan kecerdikan dan terang hati dan terlepas dari masalah dan kesukaran serta dimudahkan rezeki dan cita-cita.

Siapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali setelah solat fardhu:
  • Allah akan berada dalam lindungan Allah hingga solat yang lain dan terpelihara daripada tipudaya dan ganguan syaitan.
  • Allah menganugerahkannya hati-hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala para nabi juga dilimpahkan padanya rahmat.
  • Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.
  • Terpelihara dari kekerasan malaikat maut dan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya.
  • Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.
Siapa yang membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya;
  • Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.
  • Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga waktu subuh, dan mengurniakan nur menurut bilangan rambut dibadannya.
  • Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kemalangan.
  • Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dihitung mati syahid.
Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi:
  • Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah dari gangguan serta hasutan syaitan.
  • Terhindar dari pencuri. 
  • Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.

Kita sebagai umat Islam sangat-sangat dianjurkan untuk selalu membaca Ayatul-kursi ini dimana pun kapan pun, karena seperti uraian diatas kegunaannya sagantlah banyak. Semoga kita lebih dekat dengan Allah SWT dan diberikan kebahagiaan di dunia sampai akhirat, amiin.