Tuesday, February 26, 2013

AYAT SERIBU DINAR

Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga. Diceritakan bahawa seorang saudagar telah membayar sebanyak seribu dinar untuk mendapat ayat ini yang dikatakan fadhilahnya ialah dapat menyelamatkan pembacanya dari malapetaka. Di dalam perjalanan pulang, kapal saudagar ini telah dipukul ombak dan beliau terus membaca ayat tersebut. Dengan izin Allah SWT, hanya beliau seorang saja yang terselamat dari bencana itu.


Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah SWT, niscaya Allah SWT akan lepaskan ia dari masalah hidup dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya. 

KEUTAMAAN AYAT 1000 DINAR


Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan setiap kali setelah sholat sebanyak tiga kali. Barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.



AYAT 1000 DINAR
Wa mayyataqillaha yajj’allahu makhroja. 
Wa yarzuqu min haitsu laa yahtasib, 
Wamayyatawakal alallahi fahuwa hasbuhu. 
Innallah baalighul amrih. 
Qod ja’allahu likulli syai’in qodr

Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan berikan jalan keluar dari segala masalah Dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.