Friday, February 22, 2013

KEUTAMAAN SHOLAWAT

"Allahumma shalli 'ala Sayyidina Muhammadin wa 'ala ali Sayyidina Muhammad
"Ya, Allah curahkanlah shalawat kepada Nabi Muhammad

Allaahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin, kamaa shallaita ‘alaa Ibraahim wa’alaa aali Ibrahim, wa baarik ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin,, kama baarakta ‘alaa Ibrahiima wa’alaa aali Ibraahima, fil ‘aalamiina innaka hamiidun majiid.
Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah member shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!


KEUTAMAAN DAN KEBESARAN SHOLAWAT 

Setiap umat Islam berkewajiban mengasihi atau mencintai Allah SWT dan Rasulullah SAW. Bukti seseorang itu berbuat demikian ialah dengan mengerjakan segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Berselawat kepada Nabi Muhammad SAW adalah salah satu bukti kecintaan seseorang kepada Allah dan Rasulullah SAW.



Selawat kepada Nabi Muhammad SAW merupakan ibadah yang mulia dan terpuji. la mengandungi berbagai-bagai kelebihan dan keistimewaan bagi mendapatkan pertolongan dan perlindungan dari Nabi Muhammad SAW serta memperolehi ganjaran yang besar dari Allah di hari akhirat kelak.
Membaca selawat bertujuan untuk mencintai dan memuliakan Rasulullah SAW. Siti Aisyah ra. berkata: “Sesiapa cinta kepada Allah Taala, maka dia banyak menyebutnya dan hasilnya ialah Allah akan mengingati dia, juga memberi rahmat dan keampunan kepadanya, serta memasukkannya ke syurga bersama para Nabi dan para wali. Dan Allah memberi kehormatan juga kepadanya dengan melihat keindahan-Nya. Dan sesiapa cinta kepada Rasulullah SAW maka hendaklah ia banyak membaca selawat untuk Nabi SAW, dan hasilnya ialah ia akan mendapat syafaat dan akan bersama Rasulullah SAW di syurga.”

alam semua perintah mengerjakan ibadat, Allah SWT menyuruh hamba-Nya beribadat. Allah sendiri memulakan selawat ke atas Nabi, diikuti malaikat kemudian dianjurkan kepada Muslimin mengamalkannya. Ini bermakna membaca selawat itu lebih utama.


FIRMAN ALLAH SWT
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi . Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya” (Surah Al-Ahzab: 56).

RASULULLAH SAW BERSABDA

"Sesiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim)


“Sesiapa yang berselawat kepadaku (Muhammad SAW) satu kali saja, maka aku akan berselawat kepadanya sepuluh kali”



 “Sesiapa membaca sholawat untukku kerana memuliakan, maka Allah Ta’ala menciptakan dari kalimat (sholawat) itu satu malaikat yang mempunyai dua sayap, yang satu di timur dan satu lagi di barat. Sedangkan kedua-dua kakinya di bawah bumi sedangkan lehernya memanjang sampai ke Arasy. Allah Ta’ala berfirman kepadanya: “Bacalah selawat untuk hamba-Ku, sebagaimana dia telah membaca selawat untuk Nabi-Ku. Maka Malaikat pun membaca selawat untuknya sampai hari kiamat.”

“Sesiapa yang membaca salawat untuk Ku satu kali, Allah bersalawat kepadanya sepuluh kali, dan barangsiapa bersalawat sepuluh kali kepada ku, Allah akan bersalawat kepadanya sebanyak seratus kali.  Dan sesiapa yang bersalawat kepada Ku seratus kali, maka Allah menulis di antara kedua-dua matanya kebebasan dari nifak dan kebebasan dari neraka.  Pada hari kiamat orang itu akan ditempatkan bersama orang-orang yang mati syahid.” [Riwayat At-tabrani].


” Sesiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku, maka aku mendengarnya, sesiapa berselawat kepadaku dari jauh, maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.” (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).


“Sesungguhnya orang yang dekat kepadaku daripada kalangan kamu pada hari kiamat pada setiap tempat aku berada ialah orang yang lebih banyak berselawat kepadaku di dunia.”



FADILAH BERSHOLAWAT
  • Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
  • Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
  • Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
  • Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
  • Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
  • Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
  • Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langt.
  • Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
  • Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
  • Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
  • Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
  • Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
  • Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.


WAKTU AFDAL BERSHOLAWAT

  • Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
  • Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
  • Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
  • Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
  • Di akhir qunut dalam solat.
  • Di dalam solat jenazah.
  • Di antara takbir solat hari raya.
  • Ketika masuk dan keluar dari masjid.
  • Setiap waktu pagi dan petang.
  • Hari Khamis malam Jumaat,
  • Sepanjang hari Jumaat,
  • Ketika telinga berdesing.
  • Ketika terlupa sesuatu perkara.
  • Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
  • Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
  • Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
  • Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
  • Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

CARA MEMBACA SHOLAWAT 
Disunatkan berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:

  • Menggunakan kata-kata beradab dan sopan,
  • Menzahirkan sifat kemuliaan Nabi Muhammad SAW, keagungan darjat, kehormatan dan kebaikkan budi serta jasa Rasulullah SAW.
  • Paling afdal, berselawat seperti ketika tahiyyat dalam solat.

Ya Allah! Berilah shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau telah memberi shalawat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim, dan berilah berkat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, sebagaimana Dikau memberi berkat kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Di dalam alam semesta ini hanya Dikau sahajalah Yang Maha Terpuji lagi Maha Mulia!